
Maktab Rendah Kebangsaan (Kumpulan 1)
Rifqah Binte Mohamed Rafee, Nursaffiyah Binte Abdul Rahman, Muhammad Arsya Fahrezi
​
Juara Peraduan Puisi Kategori 'B' Bisikan Pena 2023

Aku Anak Melayu
​
“Eh, you Malay is it?”
Tanya suara sumbang itu
Ke arahku jarinya membidik
Cabul mulutnya tiada berlapik
Ingin sahaja aku mengherdik
Padamu,
Melayuku kelam masa depan
Melayuku mundur, takut kehadapan
Melayuku bergelumang kebobrokan
Melayuku puas dengan kealpaan
Melayuku dipandang penuh nista
Melayuku layak dicaci semata
Melayuku malas, rilek one corner
Ingin sekali aku melarikan diri
Daripada tohmahan yang bukan hakiki
Nenek moyangku mengharungi segala pedih peri
Bukan untuk aku menidakkan asal usul jati
Padaku,
Melayu itu BANGSAKU
Bangsaku beradat juga BERDAULAT
Daulat menjunjung maruah JAGAT
Jagat mengagumi tahap KEMAJUAN
Kemajuan pesat penuh KEAMPUHAN
Keampuhan kukuh tiada TANDINGAN
Tandingan apapun ayuh silakan
Melayuku…bangsaku…SIAP KU PERTAHAN!
Aku Anak Melayu
Pantang ku mengalah sebelum beradu
Biarpun stereotaip dihambur terus melulu
Akan ku benteng dengan semangat jitu
“Eh, you Malay is it?”
Well…WHAT DO YOU THINK?