top of page

Pemenang Ketiga Cerpen Kategori 'A' Bisikan Pena 2021

IMG_9225.JPG

Suasana di dalam rumah sunyi-sepi. Hanya kedengaran jejakkan kakiku yang memecah kesunyian. Aku melabuhkan punggungku ke sofa yang empuk lalu menarik nafas panjang. Letih rasanya. Aku mengurut bahuku sedikit. Selepas sejam membersihkan rumah, terasa penat pula. Mataku tertumpu ke arah jendela besar di ruang tamuku. Sang Suria bagaikan bebola raksaksa yang gah menyinarkan amarahnya ke muka bumi. Walaupun aku berduduk di bawah kipas yang berputar ligat, aku masih berpeluh. Aku mengelap keringat yang berlinangan di pipiku yang gebu. Sekali-sekala kicauan burung-burung yang terbang membelah cuaca pada petang itu. Sebuah senyuman mula mengukir di wajahku. Aku amat bersyukur. Kini aku mempunyai sebuah tempat yang aku sanggup panggil rumah. Ia tidak semudah sebegini dahulu. Aku tidak akan melupakan kesusahan yang aku telah hadapi untuk mencapai impianku. Pada saat itu, kotak fikiranku mula menerowong ke  jangka masa lampau. Peristiwa yang pahit, manis, suka dan duka mula bermain sekali lagi di mindaku dengan begitu jitu…

 

“Diya! Mari sini! Tolong basuhkan baju,” jerit ibu dari luar rumah. 

 

Aku letakkan buku cerita abangku yang aku sedang membaca. Seperti lipas kudung, aku meluru ke arah suara ibu. Keadaan di rumah kecil kita amat berselerak. Aku hampir-hampir tergelincir apabila aku melalui genangan air di dalam dapur. Atap rumah kita sudah lama berlobang. Namun, keluargaku tidak mampu membayar bil untuk memperbaikinya. 

 

“Ah, sini tolong ibu. Diya kan nampak keadaan rumah ni. Tolonglah kemas. Apa yang kau buat terperangkap dalam bilik tu?” tanya ibu.

 

“Baca buku novel…” aku berbisik.

 

Aku hanya mampu melihat lantai. Aku seolah-olah boleh rasa jegilannya. 

 

“Baca buku apa ni? Awak seorang perempuan! Kerja awak hanya bersihkan rumah! Awak hanya pergi ke sekolah kerana kami mahu Diya berpengetahuan. Jangan nanti kau jadi macam lelaki pulak!” jerit ibu. 

 

Bibirku bergetar. Bendungan air mataku pecah. Beberapa titik air jernih membasahi pipiku yang gebu. Aku melelapkan air mataku. Tidak guna aku menangis. Nasib aku tidak akan berubah. Aku hanya merupai seorang perempuan yang berasal dari India. Tugasku hanya untuk membersihkan rumah. Aku tidak berharga. Kata-kata ibu mengulangi berkali-kali di kotak fikiranku umpama radio yang rosak. Tiba-tiba ibu memecah kesunyian.

 

“Nanti ibu ajar Diya cara masak ya,” ibu mengatakan dengan nada suara yang lembut.

 

Dengan keberatan, aku mengangguk. Aku cuba tersenyum sedikit. Namun, jauh di lubuk hatiku hanya marah dan kepiluan yang mengisi seluruh tubuhku. Tanpa membuang lebih masa, aku mula membersihkan baju.

 

Malam mula melabuhkan tirainya. Hanya cahaya dari bulan yang menyala bilikku yang gelap gelita. Aku mengelap titisan air jernih dari kelopak mataku yang kini bengkak. Sudah lama kutangisi kepiluan diri. Pedih sungguh hatiku. Impianku yang aku mahu mencapai stinggi gunung. Malangnya, kini ia berderai menjadi debu. Malam itu, aku terlelap dibuai mimpi yang ngeri.

 

Aku merupakan budak yang rajin. Apabila terdapat peperiksaan, aku asyik belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapati markah yang tinggi. Walaubagaimanapun, ini bukan sesuatu yang ibu dan bapaku kisah tentang. Perkara ini hanya sesuatu yang bermakna apabila abangku mencapai pencapaian tersebut. Beberapa bulan kemudian, aku diberitahu bahawa markah aku paling tertinggi dalam sekolah. Pastilah aku terasa teruja. Semua kerja kerasku akhirnya meraih kejayaan. 

 

“Diya,” Cikgu Raju mula.

 

“Awak telah terpilih untuk menerima biasiswa untuk awak mengulangi pelajaran awak di luar negara,” Cikgu Raju mengatakan dengan sebuah senyuman yang terpapar di raut wajahnya. 

 

Mataku terbeliak. Apa? Betulkah perkara ini? Mataku tertumpu ke arah sampul surat yang dia memberi aku. Perasaan gembira menyelubungi seluruh tubuhku. Bunga-bunga kegirangan mekar di hatiku. Terasa sebuah senyuman mengukir di mukaku. Air mataku membasahi wajahku. Aku menerima sampul surat diberi lalu mengucapkan bertalu-talu terima kasih.

 

“Tidak boleh. Aba tidak izinkan,” kata bapaku.

 

Sangkaanku terbukti. Mestilah bapaku tidak akan menerima aku ke luar negara untuk mengulangi pelajaranku. Aku menarik nafas panjang. 

 

“Mengapa…” aku bertanya.

 

“Mengapa? Kerana aku berkata sedemikian,” bapaku mengatakan dengan nada suara yang lebih tegas.

 

Aku melihat wajah bapaku. Kesedihanku tidak dapat dikawalkan lagi. Dengan penuh keberanian, aku bersuara, memecahkan kesunyian di rumah.

 

“Awak tidak faham. Sepanjang kehidupanku, impian aku telah ditolak oleh kerana aku merupakan seorang perempuan. Aku amat penat mendengar penjelasan kamu. Tugas perempuan hanya ntuk membersihkan rumah. Seorang perempuan tidak mampu bekerja di luar rumah. Mengapa? Siapa yang mengatakan? Adakah Tuhan mengatakan bahawa orang wanita tidak sanggup bekerja ataupun belajar? Sejak aku kecil lagi, impianku adalah untuk menjadi seorang wartawan. Ya, seorang wartawan. Bukan seorang yang terperangkap di dalam rumah terpaksa untuk bersih. Kini, aku diberikan peluang untuk mencapai impian aku. Namun, awak mau menghalang aku? Mengapa ibu? Mengapa ayah?” aku dapat mengatakan dengan teresak-esak. 

 

Aku mengelap air mataku yang berlinangan. Aku akhirnya dapat meluarkan pendapat aku yang telah ku simpan jauh di lubuk hatiku selama ini. Teruja rasanya. Tiba-tiba, aba bersuara.

 

“Diya,” dia bermula.

 

Aku melihat raut wajahnya. Dia melepaskan nafas panjang.

 

“ Aba… Aba izinkan,” bapa mengatakan. 

 

A-apa? Mataku terbeliak terdengar perkataan aba. Dia tersenyum. Aku membalas senyumannya. Aku mendakap kedua ibu bapaku dengan penuh erat. Ibuku yang terdiam hanya mampu tersenyum. 

 

Beberapa tahun kemudian, aku pun telah mencapai impianku. Aku telah memasuki universiti yang berprestij dan kini sedang bekerja sebagai seorang wartawan. Akhirnya. Ceritaku mengingati aku tentang sebuah peribahasa. Ia itu, malu berkayuh, perahu hanyut. Aku tersenyum. Amat benar penyataan tersebut. Jauh di lubuk hatiku, aku berharap bahawa orang yang bermasalah di dalam dunia ini dapat bersuara. Semua orang mempunyai pendapat sendiri.

bottom of page