
Pemenang Ketiga Cerpen Kategori 'B' Bisikan Pena 2022

Nenek Keana mengulum senyuman tipis. Melihat wajah neneknya, hati Keana dipenuhi dengan seribu perasaan yang Keana sendiri tidak mengerti.
“Nek, kalau buburnya tak cukup nanti Keana tambahkan,” kata Keana kepada Neneknya yang sudah berusia hampir 90 tahun, kepalanya berdenyut-denyut, anak matanya berpinar-pinar.
Nenek Keana sudah tidak banyak bercakap. Hampir setiap kali Keana mencuba menanya soalan kepadanya, dia hanya berbalas kata-katanya dengan senyuman tipisnya yang sama. Tiba-tiba, bunyi cawan kaca terjatuh pecah memenuhi ruang tamu rumah Keana, menikam gegendang telinga. Nenek Keana terlanggar cawannya tanpa sedar. Tetapi Keana tidak dapat mengabaikan bunyi itu. Terlalu banyak peristiwa yang telah Keana mengaitkan dengan bunyi barang pecah. Sudah lama Keana mencuba untuk menepis-nepis ingatannya terhadap segala peristiwa tersebut, tetapi kotak fikirannya tidak mampu berbuat begitu.
“Sudahlah Mak! Kan Haziq dah kata, Haziq tak mampu nak jaga Mak lagi!” jerit ayah Keana. Jantung Keana berdegup-degup kencang. Ini sudah kali keempat ayah Keana, Doktor Haziq tidak dapat mengawal kemarahannya. Tetapi Keana tidak dapat merasa benci terhadap Doktor Haziq kerana Keana bersimpati dengan situasinya yang sangat membebankan sebagai pencari nafkah tunggal mereka. Kelihatan ruang tamu di rumah mereka kini bersepah. Barang peribadi Keana termasuk senjata ayahnya yang dilempar tanpa pemikiran. Apatah lagi, nenek Keana tidak mungkin dapat mempertahankan diri dengan tubuhnya yang hanya bertambah lemah dengan peningkatan usia.
Setiap kali Doktor Haziq meletuskan kemarahannya, Keana tidak dapat berhenti menyalahkan dirinya kerana ketidakupayaan dia untuk memastikan keselamatan dirinya dan neneknya. Dia tidak dapat mengerahkan keberanian untuk melaporkan situasinya kepada badan-badan pentadbiran yang mungkin dapat menolongnya. Mendengar suara ayahnya yang bagaikan ledakan bom yang memecahkan angkasa, dia diserang ketakutan sehingga lututnya lemah dan tangannya terkulai. Ayahnya juga sudah mengancamnya beberapa kali, mengatakan bahawa dia akan henti membayar yuran sekolah Keana kalau dia melakukan apa sahaja untuk mencemarkan nama baiknya.
Doktor Haziq merupakan ahli politik terkenal. Pada masa itu, reputasinya terhadap masyarakat amat kritikal bagi memastikan dia dapat mencapai undian yang secukupnya demi pilihanraya yang akan datang tidak lama lagi. Malangnya, semua tekanan yang dihadapinya di kerja dibawa balik bersamanya dan dilepaskan terhadap anaknya tersendiri dan ibunya yang sudah lama membanting tulang untuk membesarkan dia. Ini juga menjadi sebab utama Keana tidak dapat membela diri. Siapa yang akan mempercayai tuntutan yang datang dari mulut seorang remaja, yang belum lagi dapat memahami hal orang dewasa? Tidak mungkin, Doktor Haziq Irfan, ahli politik yang disayangi ramai kerana sifat bertangunggjawab dan prihatin kepada masyarakat dapat mendera keluarganya?
Lamunan Keana terputus. Bunyi piala kaca terjatuh pecah, memenuhi ruang tamu rumah Keana, menikam gegendang telinga. Mata Keana terus terpandang arah bunyi tersebut. Mulutnya terkunci. Kolam matanya sudah berkaca. Tanpa teragak-agak, dia mencapai telefon bimbitnya dan bergegas untuk memanggil ambulans. Doktor Haziq sudah melampaui batas hati Keana.
“Tidak pernah Ayah memikirkan tentang keselamatan kami! Baik, Ayah dapat mengeluarkan semua kemarahan Ayah. Puas hati tak, melihat ibu Ayah sendiri tercedera, tak sedar diri dalam rumah Ayah yang sudah Nenek bekerja keras untuk menolong Ayah berjaya mencapai? Keana harap Ayah dapat merenung tentang perbuatan Ayah dalam penjara. Keana tidak dapat menahan diri lagi.” Muka Keana bertukar menjadi merah padam mengenang nasibnya itu. Dadanya sebak bagaikan terisi air sampai ke tenggorok.
Apabila ambulans yang dipanggil sampai di kawasan rumah mereka, muka paramedik yang ditugas untuk menolong Keana penuh kejutan, kerana orang yang berdiri depannya seorang yang sangat dihormati. “Doktor Haziq, apa yang telah terjadi? Bagaimana ibu anda dapat tercedera seteruk ini?” tanya paramedik. Tangan Doktor Haziq menggigil. Secara perlahan, dia mengangkat tangannya, dan akhirnya menunjuk ke arah anak lelakinya sendiri.
“Anak… anak saya tuan. Dia ada masalah mengawal kemarahan. Dia melempar pialanya sendiri ke arah ibu saya,” Doktor Haziq terkumat-kamit, nampaknya penuh kegelisahan. Mendengar perkataan ayahnya, hati Keana menjadi panas menggongcang sekelumit keimanan yang bertapak di pintu kalbunya. Tidak dapat dia percaya yang ini dapat berlaku. Sampai hati Doktor Haziq menyalahkan Keana bagi kecederaan yang mungkin membawa maut yang menjejaskan neneknya. Nampaknya, Doktor Haziq sanggup mempertaruhkan nyawa anaknya bagi menjaga nama baiknya.
Namun bak kata pepatah berani kerana benar, takut kerana salah, tidak mungkin Keana berserah begitu sahaja. Tidak mungkin dia memberi ayahnya kebebasan dan kejayaan yang tidak pernah dia layak mengalami. Sudah beberapa tahun Keana dan neneknya terpaksa berhidup dalam kegelapan, mengalami segala keperitan penderaan keluarga. Dan akhirnya, Keana berjaya menang menentang ayahnya di mahkamah, selepas bertarung pada setiap perbicaraan. Ternyata, bukti yang dikumpulkan oleh pihak polis menunjukkan cap jari Doktor Haziq di seluruh piala yang dilempar.
Syukurlah Keana kerana dapat membalas dendam segala tindakan ayahnya yang sangat mengerikan. Namun, perbuatan Doktor Haziq pada hari itu meninggalkan kesan secara kekal. Kecederaan nenek Keana telah menyebabkan implikasi yang bukan sekadar fisikal sahaja. Ternyata, kecederaan yang berlaku di kawasan tengkorak sangat berbahaya, dan telah menyebabkan nenek Keana menjadi mangsa amnesia.
Kebencian Keana terhadap ayahnya terpeteri jelas dalam ingatannya kerana akibat peristiwa tersebut, Keana telah menghilang neneknya yang sudah berkongsi keberatan beban trauma bersamanya sepanjang ini. Walaupun nenek Keana masih bersamanya secara fisikal, kehilangan daya ingatan neneknya telah mengubah kehidupan mereka berdua secara drastik. Sekarang, hanya Keana yang dapat menanggung tanggungjawab menjaga neneknya yang semakin tua, dan hanya Keana yang dibebankan trauma dan peringatan segala keperitan dan kesakitan yang dialami pada masa itu.
Namun, tidak dapat dinafikan bahawa antara semua kemudaratan situasi tersebut, ada satu perkara yang merupakan cahaya yang dikelilingi kegelapan. Iaitu, Nenek Keana dapat menikmati masa hidupnya yang kini aman dengan sepenuhnya selepas peristiwa tersebut. Dia tidak harus menyimpan segala peringatan yang perit, dan sekarang, tidak dapat dia diingatkan bahawa anaknya telah mengkhianatinya.
Mengingat kembali tentang segala yang telah berlaku, Keana dapat renungkan betapa teruknya seseorang dapat menyalahgunakan pangkat mereka. Apatah lagi, dengan memegang pangkat, orang seperti ayahnya dapat memanipulasikan situasi dengan suka hati mereka. Sejak peristiwa tersebut, tidak dapat Keana mempercayai sesiapa sahaja.