top of page
IMG_9239.JPG

Sajak

Kata orang dulu-dulu

Berakit-rakit ke hulu,

Berenang-renang ke tepian

Bersakit-sakit dahulu

Bersenang-senang kemudian

 

Kata siapakah itu? Kata mereka yang lebih dulu makan garam,

Ya meraka lebih berpengalaman

Mereka sudah merasa susah senang

 

Hidup kita ada susah senangnya

Kita tidak boleh leka

Tidak boleh mudah putus asa!

Jika perlui cari mereka

 

Pantun

Kain bermutu bercorak redup,

Warna keras jadi pilihan

Sesudah tentu tujuan hidup

Arahkan kompas sehingga sasaran
 

Sajak

Tapi andaikata sasaran tidak kena

Andaikata aku hanyut?!

 

Pantun

Anak Pak Abu bermain lumut,

Terpijak paku mata berbinar;

Seandainya aku hanyut,

Bimbinglah aku ke arah yang benar

 

Syair

Hanyut belajar...tiada haluan

Pecah kemudi sepanjang jalan

Hilang dicari susah dikesan

Yang tinggal kini hanya sesalan

 

Sajak

Mengapakah aku leka dan percaya kata-kata manis syaitan!

Kesal aku kesal.

Oh Tuhan lindungilah aku

Bawalah aku kembali ke pangkuan ibu.

​

Syair

Cerita ini, jadi pedoman

Belayar kita ikut panduan

Jangan tinggal suruhan Tuhan

Kerana DIALAH yang jadi harapan

bottom of page